Translate

Rabu, 27 Februari 2013

Minum air kencing sendiri



CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam.
Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu. Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri setiap hari dan dia menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.
Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana berasakan dia boleh melakukan perkara itu.
Ibu kepada empat orang anak ini disahkan menghidap kanser melanoma malignan peringkat ketiga lapan tahun lalu. Sejak itu dia berbuat apa sahaja termasuk meminum air kencingnya sendiri dengan harapan ia dapat membantunya melawan hukuman maut itu.
"Pelbagai jenis perasa yang saya dapati apabila meminum air kencing. Semuanya bergantung kepada makanan yang saya ambil. Ia tidak berbau dan rasanya berbeza berbanding empat tahun lalu.
"Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa seperti air lemon tetapi itu semua bergantung kepada apa yang saya makan. Saya juga dapat merasai pelbagai rasa makanan yang keluar dari badan saya melalui rasa air kencing saya itu.
"Saya gemarkan asparagus tetapi saya tidak akan memakannya lagi kerana ia membuatkan air kencing saya rasa sangat pelik," ujarnya.
Tambahnya, dia bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi dia juga menggunakan air kencingnya itu untuk berkumur dan memberus giginya selain menjadikan air kencingnya itu sebagai minyak yang disapukan di seluruh badannya.
"Saya mendedahkan tabiat pelik saya ini bersama rakan, Denise dan dia kelihatan tenang apabila saya memberitahu rahsia itu. Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari badan saya.
"Apabila saya menjemputnya untuk melihat sendiri kebenarannya, Denise mengelak dan dia percaya dengan apa sahaja yang ceritakan tentang tabiat pelik itu tetapi dia tidak berhasrat untuk melihat sendiri saya meminum air kencing saya," jelasnya.
Salah seorang anak perempuannya pula memberitahu, air kencing merupakan bahan buangan daripada badan dan ia bahan yang tidak lagi diingini. Tubuh menyingkirkan segala kotoran tidak sihat kepada badan selain ia pernah digunakan untuk tujuan perubatan oleh manusia pada Tamadun China dan India.
Bagaimanapun, dalam laporan The Independent pada tahun 2006, pakar-pakar perubatan menafikan dakwaan air kencing boleh membantu dalam proses penyembuhan dan tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.
Sementara itu, seorang pakar pemakanan di Universiti Southampton, Britain, Dr. Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah sebagai mengarut dan tidak boleh dipercayai.
Wakil Persatuan Dietetik Britain, Helen Andrews pula berkata, tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing sendiri sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat.
"Setiap kali anda meletakkan ia kembali, ia akan keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh merosakkan usus," beritahu beliau

Isnin, 4 Februari 2013

Baba pakai serban gergasi di India


NEW DELHI - Seorang lelaki, Baba 'Avtar' Singh memakai serban yang panjang kainnya sehingga 500 meter semalam.
Dia memakai serban itu semasa mengunjungi Kuil Emas di Amritsar di India dekat sempadan Pakistan.
Baba merupakan anggota Nihang iaitu kumpulan tradisional panglima beragama Sikh

Israel akan menyesal

Beirut: Iran semalam memberitahu Israel, rejim Zionis itu akan menyesal kerana melancarkan serangan udara ke atas Syria minggu lalu.
Tanpa menyatakan sama ada Iran atau sekutunya merancang tindak balas ketenteraan, Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan Iran Saeed Jalili berkata, apa dilakukan Tel Aviv itu sama seperti serangan pernah mereka lakukan ke negara lain sebelum ini.

Katanya, insiden itu tidak ubah seperti perang 34 hari Israel dengan pejuang Hizbullah Lubnan pada 2006 serta konflik lain.
Semua perang itu, kata Saeed, menyebabkan Israel hidup dalam penyesalan.

“Hari ini juga, kerajaan dan rakyat Syria melihat isu serangan udara berkenaan dengan serius. Komuniti Islam turut berpihak menyokong Syria,” katanya di sidang media di Damsyik, semalam.

Sebelum itu, Saeed mengadakan rundingan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad Israel mengaku menyerang kawasan milik tentera Syria di barat laut Damsyik pada Rabu minggu lalu. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, serangan ke atas kompleks tentera minggu lalu menunjukkan rejim Zionis itu serius menghalang aliran senjata ke Lubnan. Saeed berkata, Iran sebagai Ketua Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) akan bekerjasama bagi pihak Syria di peringkat antarabangsa bagi menyatakan tindak balas atas serangan berkenaan