Translate

Rabu, 30 Januari 2013

Perangkap dengan racun dalam alat sulit


Rio De Janeiro: Seorang wanita dituduh cuba membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam alat sulitnya sebelum meminta lelaki terbabit melakukan seks dengannya.
Lelaki berusia 43 tahun yang terkejut itu kini menyamannya atas cubaan membunuh.

Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil itu meletakkan bahan bertoksik dalam kemaluannya sebelum menggoda suami untuk tidur bersama, lapor akhbar tempatan semalam.
Namun apabila dia meminta suaminya melakukan seks oral kepadanya, lelaki itu dikatakan enggan kerana menyedari ada bau aneh. Lelaki yang curiga itu kemudian membawa isterinya ke hospital, di mana doktor menjalankan ujian terhadapnya dan mendapati dia meletakkan bahan beracun dalam kemaluannya. 

Ketagih bulu kucing


Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.
Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.

Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.
“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.” Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.

Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.

Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.
Foto
LISA makan bulu kucing sejak 15 tahun lalu.
“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya. - Daily Mail

Ahad, 27 Januari 2013



Kota Kinabalu: Memalukan apabila segelintir remaja Islam di bandar raya ini, termasuk pelajar sekolah, tidak mengendahkan larangan agama yang mengharamkan cacahan tatu pada mana-mana anggota tubuh, sebaliknya melakukannya untuk tujuan suka-suka berikutan dipengaruhi rakan sebaya.
Trend itu jika tidak dibendung pihak berkuasa dan institusi kekeluargaan dikhuatiri boleh merosakkan akidah remaja terbabit kerana ia perbuatan zaman jahiliah selain boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Lebih membimbangkan, remaja berkenaan bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga, terutama ibu bapa, apabila mencacah tatu di bahagian sulit seperti payudara dan ari-ari.

Siasatan  mendapati ada gadis Islam berusia antara 17 hingga 30 tahun mengenakan tatu di badan sebagai hiasan kerana beranggapan ia unik dan menarik selain dianggap sIMBOL SEKS

Seorang remaja yang mahu dikenali sebagai Laila, 19, mengakui tertarik memiliki tatu selepas melihat pelbagai gaya dan lakaran tatu pada tubuh rakannya.